Dulu-dulu mungkin kita sering didendangkan dengan cerita si buta dengan seekor gajah. Yang terpegang di kaki mendifinasikan gajah berdasarkan kaki gajah itu, yang terpegang belalai pula mengatakan gajah itu berupa belalainya sahaja.

Seringkali apabila tiada panduan yang tepat, kita akan mengungkapkan sesuatu yang kita lihat itu sebagai hal yang sebenarnya. Padahal hakikat yang sebetulnya apa yang kita lihat itu tidaklah boleh dibuat rumusan segera tanpa mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu perkara itu.

Begitulah perbandingan yang ingin saya kemukakan sebagai gambaran awal tentang tajuk yang dikemukakan.

Kita melihat kewujudan agama di seluruh pelusuk dunia. Tanpa perlu disangkal kehendak kepada Tuhan sudah sedia wujud dalam diri manusia. Hal seperti ini kita namakan sebagai fitrah.

Bahkan bagi individu yang mendakwa tidak mahu kepada Tuhan sekalipun ianya sebenarnya terpaksa akur bahawa ia mempertuhankan ideologi yang dianutinya itu.

Berbalik kita kepada tajuk asal perbincangan, sesorang individu yang menginginkan kewujudan Tuhan sudah semestinya tertanya-tanya siapakah Tuhan yang sebenarnya. Kebiasaan manusia akan mengikuti ajaran Tuhan berdasarkan apa yang ia dengar dan lihat tanpa memikirkan apakah dogma yang dianuti itu adalah benar-benar tepat.

Kehendak untuk mengetahui siapa Tuhan, telah mendorong manusia untuk mendapatkan ilmu tentang Tuhan.

Namun disebalik usaha untuk mendapatkan ilmu tentang Tuhan ada manusia yang tersasar dalam mengenali Tuhannya. Perkara yang sebeginilah yang perlu kita elakkan bagi memastikan tujuan asal penciptaan kita dapat kita fahami dengan lebih baik. Malahan perlu untuk kita fikirkan dengan mendalam, persoalan yang berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera insan yang biasa.

Kesimpulan yang dapat kita kongsikan bersama ialah, pengetahuan manusia dalam mencari hakikat sebenar Tuhan dan agama amatlah terbatas meliputi perkara yang ada disekelilingnya. Bagi yang hidup dalam masyarakat Budha, mereka akan memahami konsep Tuhan seperti yang diperkenalkan oleh sami berkenaan, begitu jugalah dengan agama-agama yang lain.

Namun bagi manusia yang seringkali tertanya-tanya akan konsep keTuhanan yang sebenar pasti akan terus mengkaji dan membuat perbandingan sehinggalah kebenaran yang sebenar diketahuinya. Hal ini tidak dapat terjadi melainkan jika ia dapat menyuluh keseluruhan ruang lingkup konsep Tuhan dan agama yang diajarkan oleh agama berkenaan.

Mudah-mudahan dalam Mencari Haluan terhadap kebenaran akan membuka ruang bagi kita Membina Impian ke Syurga.



Sekian,
Mohd Zalizam Razali
http://izznet.blogspot.com

Aktifkan balik...

rasanya dah puas bereksperimen... aku nak mulakan semula blog ini....

inginku terbang lebih jauh....
menerjah awan, membelah samudera badai....
untukku reguk betapa manisnya iman....

ya.. semuanya itu takkan dapat, melainkan dengan sebuah perjuangan....