Berikut adalah petikan dari komentar Sdr. Maszlee Malek

Salaam,

Paling mengharukan... sewaktu demo memperingati Nakba di London, ana terdengar seorang tabligh menjeritkan
"we need Omar, we need Khalid al-Walid, we need Salahuddin al-Ayubi!"

Ana tanyakan, kenapa sebut nama2 tu?

Beliau jawab,
"merekalah yang telah berjasa mengIslamkan dan mengIslamkan semula Palestin, Masjid al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis... Malangnya Syiah mengkafirkan dan mencerca ketiga-tiga tokoh tersebut!"

Saya baru terfikir, benar juga kata saudara ini. Omar yang bertanggung jawab menerima kunci al-Quds,dikafirkan dan dicerca Syiah.

Khalid al-Walid difitnah oleh Syiah sebagai penzina...

Salahuddin al-Ayubi pula amat dibenci dan dicaci maki oleh Syiah kerana telah menghancurkan kerajaan Syiah Fatimi demi memerdekakan al-Aqsa. Malah ketika Salahuddin berperang dengan tentera Salib pun, puak Syiah sibuk menyerang hendap umat Islam dan tentera Salahuddin dari belakang.

Amat menarik, bagi Sunni, Omar, Khalid dan Salahuddin adalah sinonim dengan al-Aqsa dan Palestin.

Bagi Syiah...?

Mungkinkah Nasrullah dan Ahmadinejad akan cuba mengubah sejarah dengan mengiktiraf ketiga-tiga tokoh ini demi membebaskan al-Aqsa dan juga memerdekakan al-Quds?

Apakah cabaran al-Qaradawi kepada Rafshanjani agar SYiah ikhlas dengan berhenti dan meninggalkan polisi mengkafirkan sahabat, berhenti menyebar luaskan SYiah di bumi Sunni dan juga berhenti bertaqiyyah sesama umat Islam akan mereka tunaikan demi kemerdekaan Masjid al-Aqsa?

Mungkin ini satu perkara yang menarik untuk dibincangkan dan difikirkan.


Maszlee Malik
Durham.
http://www.palestinkini.info/

----------------


Agaka menarik untuk kita berfikir dengan mendalam, sedikit komentar dari saya adalah berkaitan Seruan Qardawi dalam penyatuan Sunni Syiah....

Ramai yang terkeliru dengan seruan terbabit, point utama seruan Qardawi adalah untuk mengajak Syiah agar menghentikan kelakuan buruk mereka terhadap para sahabat nabi s.a.w juga menghentikan melakukan kejahatan terhadap golongan Sunnah di Iran dan Iraq.

Tapi malangnya, kenyataan Qardawi itu telah diputarbelitkan oleh sekumpulan Syiah
(kebanyakkan mereka mengaku sebagai Sunni - tak pernah dalam sejarah orang Sunni yang mengajak Umat Islam lain (sunni) untuk lebih mengenali Syiah, melainkan orang itu adalah Syiah-taqiyah) seolah-olah seruan Qardawi itu adalah untuk mengajak sunni berbaik sangka dengan Syiah. Maka heboh lah mereka itu untuk mengajak umat Islam di Malaysia ini bersangka baik dengan Syiah.

Adalah amat malang, sesetengah golongan ini menimbulkan isu penentangan Sunni terhadap Syiah adalah berkisar kepada kecintaan kepada Ahl Bayt semata-mata. Kalau inlah sahaja fokusnya memang saya pun tidak akan menentangnya bahkan saya pun rela di anggap sebagai syiah.

Apa yang ingin saya tegaskan bahawa Sunni tidak pernah sekali-kalipun memusuhi ahl bayt nabi s.a.w, apa yang ditentang adalah sikap melampau Syiah dalam hal ini, juga sikap syiah yang hanya mengiktiraf golongan tertentu dari kalangan ahl-bayt.

Juga penentangan kita ini adalah kerana wujudnya sekelompok manusia yang cuba mempromosikan ideologi syiah melalui tulisan mereka, hal ini dapat dilihat bilamana mereka menggunakan bahan-bahan syiah sebagai rujukan. Mustahil yang amat tatkala seseorang sunni sanggup menggunakan kitab-kitab syiah sebagai rujukan. Ketahuilah khazanah keilmuan dalam Islam terlalu banyak dinukilkan oleh ulmak Sunni. Bahkan mereka ini ternyata lebih jujur dalam menaqalkan sesuatu perkara. Adalah sangat ganjil bilamana seseorang itu sanggup menggunakan rujukan lain yang langsung tidak berkaitan dengan ulama Sunni. Melainkan mereka itu berniat untuk mempromosikan sesuatu.

Walau apapun saya secara peribadi tidak mahu menuduh mana-mana pihak sebagai syiah. Juga saya secara peribadi menerima saranan Dr. Yusuf Al-Qardawi walaupun saya sebenarnya tidak yakin hal ini akan berlaku selagimana mereka masih berTaqiyah


Sekian,
Mohd Zalizam Razali

Ezam Yang Pergi...

Tak tahu nak komen cam maner. Ezam nie manusia yg berpengaruh besar dalam membentuk pandangan politik dalam hidup saya. Semuanya di rasakan macam mimpi sahaja....

Apapun saya tetap menaruh harapan untuk Ezam melakukan sesuatu yg menjadikan kemasukannya ke dalam UMNO sebagai sesuatu yang tidak sia-sia.

Berikut adalah link catatan kronologi Sdr Helme Hanafi pada hari 28 Mei yang bersejarah itu tekan di sini


Memetik sedikit dari catatan terbabit

"Ezam bersalaman, sambil berkata, “Bismillah...,” Abdullah yang sebelum itu senyum, bertukar serius. Diambilnya borang Ezam itu, dengan kata-kata yang sama, “Bismillah...” Tangan Ezam digengam erat. Abdullah kembali tersenyum. Lebih manis dari biasa. Kilauan cahaya kemera tidak henti-henti merakamkan satu lagi saat bersejarah kepada bangsa dan negara. "



Sdr. zulkifli nordin memberi komen dalam blognya ttg pemergian Ezam sbg berikut;

Saya mendapat berita Sdr Ezam Md Nor akan menyertai UMNO tidak lama lagi. Saya menghormati kputusan Sdr Ezam kerana berpegang kepada prinsip parti itu suatu wadah bukan aqidah



Berikut kita lihat pula apa kata Ezam tentang pilihannya ini.



Begitulah putaran kehidupan, kekadang sesuatu yang realiti akan sekelip mata menjadi sebuah mimpi.

Sekian,
Mohd Zalizam Razali


Sebuah novel terjemahan dari seorang penulis warganegara Italy yang berdarah Mesir. Penulis iaitu Randa Ghazy boleh di kira berjaya mengangkat persoalan kehidupan yang berlangsung di bumi Palestin.

Novel ini bukan dalam kategori yang islamik, tapi ia lebih tepat sebagai sebuah novel sosial kemanusiaan. Namun begitu persoalan asas tentang Islam juga turut dibangkitkan dengan cermat oleh penulis.

Apa yang saya suka dengan novel ini adalah bentuk penceritaannya yang agak kompleks, bahkan kekadang kita tidak tahu apa yang hendak diceritakan sehinggalah kita berada pada helaian yang berikutnya.

Bagi saya novel ini agak baik untuk kita dapatkan sedikit sebanyak gambaran tentang masyarakat awam di bumi Palestin.

Watak-watak utama dalam novel ini seperti Ibrahim, Nihdal, Jihad, Muhammad, Reham dll adalah sebuah gambaran yang sepatutnya diketahui oleh semua masyarakat dunia.

Sesungguhnya sahabat, cekaman yang dihadapi saban hari oleh mereka adalah sesuatu yang akan mengelisahkan kita sepanjang membaca novel ini.

Mudah-mudahan ada manfaatnya di atas perkongsian ini.
Sekian,
Mohd Zalizam Razali

*sesiapa yang ingin mendapatkan novel ini boleh ke laman web berikut: http://www.hidayah.com.my/

Olympic Commercial



Bersukan nie merupakan minat saya yang paling utama semasa bersekolah rendah. Boleh dikatakan semua jenis sukan yang telah saya sertai. Posting ini adalah sebahagian dari perasaan untuk mengenang memori yang lama dahulu...

Mengintai? Bolehlah kot.

Link yang akan saya berikan ini adalah berkaitan kedudukan ahli-ahli parlimen kita di dewan rakyat.

http://www.parlimen.gov.my/seating.htm

Imej berikut adalah lokasi kedudukan ahli parlimen bagi parlimen saya (PARLIMEN TUMPAT)


FASA KE-2 DALAM BERHIBUR

Hijrah merupakan salah satu tuntutan dalam agama, terutama sekali dalam usaha kita untuk memperbaiki diri. Dalam kehidupan ini, sudah menjadi tabien manusia, untuk sentiasa melakukan perubahan. Bolehkan kita bayangkan andai kehidupan manusia itu sentiasa berada pada tahap yang sama. Tidakkah ianya sesuatu yang amat membosankan. Apa pula rasanya andai kehidupan dunia ini adalah sesuatu yang kekal, sedangkan fitrah yang Allah AzzaWajalla berikan kepada setiap manusia itu penuh dengan kejemuan andai tidak ada sesuatu yang baru atau bila sesuatu itu kita dapat secara berlebihan.

Sebagai contoh bila kita makan sesuatu yang kita gemari, sebanyak manakah yang akan kita ambil? Adakah kuantiti itu tidak terhad? Tentu sekali pengalaman yang mengajar kita ini akan mengakui bahawa kita akan muak andai ianya diambil secara berlebihan.

Masih bermain di ruangan mata, tatkala diri ini ini memutuskan untuk keluar dari dunia hiburan yang terkeluar dari batasan syariat. Diri ini yang suatu ketika dulu amat mengemari kumpulan-kumpulan seperti Slam, Ukays dan lain-lain yang sespesis dengannya mula beralih kepada jenis hiburan yang beridentiti Islami yang dikenali sebagai nasyid. Seingat saya dalam tahun 1998 bermulanya fasa satu diri ini untuk menjelmakan apa yang yang melingkari kehidupan itu adalah tidak lari dari Al-Quraan dan Sunnah.

Masa terus berlalu, sedar tak sedar sudah hampir memasuki 10 tahun penghijrahan itu berlaku. Semenjak beberapa waktu ini, seringkali berlegar-legar di kepala apakah semua lirik nasyid ini mencapai piawaian yang di tetapkan syariat. Apatah lagi setelah membaca nukilan tulisan seorang sahabat yang membicarakan tentang unsur syirik dalam beberapa lagu nasyid.

Syirik bukan sesuatu yang boleh diangap main-main oleh individu yang mengaku sebagai muslim. Samada ianya kecil atau besar keduanya melibatkan dosa yang perlu kepada taubat nasuha. Setiap muslim adalah berkewajiban untuk mengelakkan diri dari mejebakkan diri ke dalam perbuatan yang dinilai berdosa oleh hukum agama, bahkan untuk tidak hanya berstatus sebagai muslim, kita perlu meng”upgrade” diri sepaya mencapa tingkat mukmin, yakni hamba yang patuh dan taat kepada Allah AzzaWajalla. Sebagai kunci kepada tingkat mukmin itu kita juga sebolehnya patut mengelakkan diri dari hal yang dianggap makruh.

Fasa kedua dalam mencari identiti hiburan ini menetapkan bahwa segala unsur lirik yang mengandungi unsur syirik, bidaah, syiah, dan lain-lain seumpamanya adalah perlu dikeluarkan dari diari kehidupan. Bahkan dalam fasa kedua ini juga ditegaskan bahawa hiburan yang paling utama adalah dengan berzikir kepada Allah, yang tertinggi adalah Al-Quraan dan selain itu adalah dengan zikir-zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi s.a.w, sesuatu yang terkeluar dari pegangan ini adalah perlu dielakkan sama sekali.

Sekian,
Mohd Zalizam Razali

*tulisan ini adalah artikel yang pernah dimuatkan dalam blog saya yang lain suatu masa dahulu. Diterbitkan kembali sebagai reaksi sokongan terhadap artikel Ust. Hasrizal dalam posting MODEL HIJRAH SONGSANG

Akhirnya teka teki berkaitan isu ini terjawap. Terima kasih kepada pihak IQ di atas susah payah mewawancara peguam bela kepada Siti Fatimah.



Kesimpulan:
1. Isu ini berbeza dengan kes Lina Joy.
2. Peranan mahkamah syariat dapat ditingkatkan hasil dari isu ini.
3. Hal yang sebenar adalah untuk menentukan status sebenar agama Siti Fatimah.
4. Siti Fatimah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam bahkan tidak pernah meniggalkan amalan agamanya yang terdahulu.
5. Suaminya yang sememangnya Islam turut mengabaikan ajaran Islam.
6. Semua hal berkaitan prosedur kaunseling telah dilaksanakan, seperti yang ditetapkan mahkamah.
7. Penguguran status agama Islam perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyalagunaan terhadap status Islam dalam dokumen peribadi beliau.
8. Ustaz Jailani (Peguam Bela Siti Fatimah) ada agenda untuk berusaha mebanteras gejala murtad.

Betul kata usataz, perlu ada tindakan yang berstrategi bagi memahami dan mengenalpasti punca seseorang itu untuk murtad.

Sama-samalah kita bekerja, bagi memastikan usaha dakwah ini tetap berterusan. Apa yang perlu diingatkan kepada semua, belajarlah untuk memahami seseorang sebelum kita menghukum tindakan yang dilakukannya itu. Itu lebih adil bagi seorang mukmin.

*Sila klik di sini untuk download video di atas.
*Sila klik di sini untuk melihat posting asal IQ.


Sekian.
Mohd Zalizam Razali.

Posting ini dibuat berikutan artikel di dalam laman web Faisal Tehrani, anda di alu-alukan untuk menjenguk web beliau di laman berikut: sila klik sebelum anda melihat video yang terkandung dalam posting ini.

Untuk ingatan semua, saya bukanlah seorang yang pakar untuk menjawap semula tulisan Faisal itu, tapi hanya ingin memberikan pandangan kedua berhubung dengan beberapa hal yang amat mengelirukan dalam laman web berkenaan.

Bukan hendak bermusuh dengan sesiapa, tapi agar kita semua meneliti hal ini dengan bijaksana.

Komentar Dr. Yusof Al-Qardawi


Kesimpulan video ini.
1. Syiah mendakwa Al-Quraan yang ada sekarang ini tidak lengkap.
2. Syiah mencerca golongan sahabat nabi.
3. Syiah sedang menyebarkan sayapnya diseluruh dunia.
4. Syiah(majoriti) dan sunni(minoriti) saling berbunuhan.
5. Jangan biarkan Syiah memasuki Negara Golongan Sunni.


Pandangan ASWJ Tentang Syiah - Dr. Asri


Kesimpulan video ini.
1. Syiah anti Abu Hurairah.
2. Wujudnya komplot antara Syiah dan Amerika.
3. Ulama Sunni dibunuh Syiah.
4. Percaturan politik Amerika di negara teluk.
5. Golongan Syiah mengkafirkan Abu Bakar dan Umar.
6. Khomeini mendakwa sembelihan ASWJ tidak halal.

Sikap Golongan Syiah - Dr. ASri


Kesimpulan video ini.
1. Syiah menuduh Aisyah wanita penzina.

*Perlu diketahui, Faisal Tehrani dalam posting yang lain ada menyebutkan bahawa Dr. Asri mempunyai niat yang serong terhadapnya. Mungkinkah??


Kekejaman Golongan Syiah - Dato Harun Taib (Ketua Dewan Ulama Pas Malaysia)


Kesimpulan video ini.
1. Intro kepada video ini adalah petikan ucapan biadap pimpinan Syiah terhadap ASWJ.
2. Syiah memyiksa Sunni sebelum membunuhnya.
3. Hubungan akrab Syiah dan Amerika di IRAQ


Untuk mengenali siapa sebenarnya Syiah Imamiyah sila tonton video dalam link berikut:
sila klik kupasan disampaikan oleh Maulana Asri Yusof seorang ulamak aliran Hadis dari Kelantan yang pernah belajar di India.

Mudah-mudahan kita tidak tertipu dengan sikap sopan santun Syiah yang wujud di Malaysia ini. AWAS!!! Anda mungkin menjadi mangsanya.



Sekian.
Mohd Zalizam Razali

Super Muslim! Mampukah Kita?

Sudah agak lama perkataan "Super Muslim" ini dimasukkan dalam blog ini. Malangnya saya tak terfikir untuk memperpanjangkan ulasan berkaitan ungkapa tersebut. Seingat saya ungkapan itu saya petik dari web 'al-firdaus.com' (laman ini dah tak wujud).

Dalam kesempatan yang terbatas ini, ingin memberikan sedikit coretan terhadap tajuk yang sedang kita tatapi ini.

SUPER MUSLIM: Rangkuman dari istilah Cemerlang, Karisma, Akhlaq Mulia, Berdisiplin, Cerdas Intelek (IQ), Cerdas Emosi (EQ) dan Cerdas Rohani

Semua yang terangkum di sini tidak semudah yang tertulis dalam tajuk di atas, perlu ada komitmen yang tinggi bagi memastikan semua istilah-istilah itu dapat kita fahami dan dapat kita zahirkan dalam kehidupan harian.

Yang pasti, kalau kita ada kemahuan itu menjadikan semua istilah itu sabahagian dari diri kita, insyallah kita akan berjaya.

Cabaran bagi kita adalah untuk menukar istilah tahu kepada mahu...


Jom kita realisasikannya.... Siapa yang akan jadi orang pertama di sini...





credit: sapuan yusof