Berikut adalah petikan dari komentar Sdr. Maszlee Malek

Salaam,

Paling mengharukan... sewaktu demo memperingati Nakba di London, ana terdengar seorang tabligh menjeritkan
"we need Omar, we need Khalid al-Walid, we need Salahuddin al-Ayubi!"

Ana tanyakan, kenapa sebut nama2 tu?

Beliau jawab,
"merekalah yang telah berjasa mengIslamkan dan mengIslamkan semula Palestin, Masjid al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis... Malangnya Syiah mengkafirkan dan mencerca ketiga-tiga tokoh tersebut!"

Saya baru terfikir, benar juga kata saudara ini. Omar yang bertanggung jawab menerima kunci al-Quds,dikafirkan dan dicerca Syiah.

Khalid al-Walid difitnah oleh Syiah sebagai penzina...

Salahuddin al-Ayubi pula amat dibenci dan dicaci maki oleh Syiah kerana telah menghancurkan kerajaan Syiah Fatimi demi memerdekakan al-Aqsa. Malah ketika Salahuddin berperang dengan tentera Salib pun, puak Syiah sibuk menyerang hendap umat Islam dan tentera Salahuddin dari belakang.

Amat menarik, bagi Sunni, Omar, Khalid dan Salahuddin adalah sinonim dengan al-Aqsa dan Palestin.

Bagi Syiah...?

Mungkinkah Nasrullah dan Ahmadinejad akan cuba mengubah sejarah dengan mengiktiraf ketiga-tiga tokoh ini demi membebaskan al-Aqsa dan juga memerdekakan al-Quds?

Apakah cabaran al-Qaradawi kepada Rafshanjani agar SYiah ikhlas dengan berhenti dan meninggalkan polisi mengkafirkan sahabat, berhenti menyebar luaskan SYiah di bumi Sunni dan juga berhenti bertaqiyyah sesama umat Islam akan mereka tunaikan demi kemerdekaan Masjid al-Aqsa?

Mungkin ini satu perkara yang menarik untuk dibincangkan dan difikirkan.


Maszlee Malik
Durham.
http://www.palestinkini.info/

----------------


Agaka menarik untuk kita berfikir dengan mendalam, sedikit komentar dari saya adalah berkaitan Seruan Qardawi dalam penyatuan Sunni Syiah....

Ramai yang terkeliru dengan seruan terbabit, point utama seruan Qardawi adalah untuk mengajak Syiah agar menghentikan kelakuan buruk mereka terhadap para sahabat nabi s.a.w juga menghentikan melakukan kejahatan terhadap golongan Sunnah di Iran dan Iraq.

Tapi malangnya, kenyataan Qardawi itu telah diputarbelitkan oleh sekumpulan Syiah
(kebanyakkan mereka mengaku sebagai Sunni - tak pernah dalam sejarah orang Sunni yang mengajak Umat Islam lain (sunni) untuk lebih mengenali Syiah, melainkan orang itu adalah Syiah-taqiyah) seolah-olah seruan Qardawi itu adalah untuk mengajak sunni berbaik sangka dengan Syiah. Maka heboh lah mereka itu untuk mengajak umat Islam di Malaysia ini bersangka baik dengan Syiah.

Adalah amat malang, sesetengah golongan ini menimbulkan isu penentangan Sunni terhadap Syiah adalah berkisar kepada kecintaan kepada Ahl Bayt semata-mata. Kalau inlah sahaja fokusnya memang saya pun tidak akan menentangnya bahkan saya pun rela di anggap sebagai syiah.

Apa yang ingin saya tegaskan bahawa Sunni tidak pernah sekali-kalipun memusuhi ahl bayt nabi s.a.w, apa yang ditentang adalah sikap melampau Syiah dalam hal ini, juga sikap syiah yang hanya mengiktiraf golongan tertentu dari kalangan ahl-bayt.

Juga penentangan kita ini adalah kerana wujudnya sekelompok manusia yang cuba mempromosikan ideologi syiah melalui tulisan mereka, hal ini dapat dilihat bilamana mereka menggunakan bahan-bahan syiah sebagai rujukan. Mustahil yang amat tatkala seseorang sunni sanggup menggunakan kitab-kitab syiah sebagai rujukan. Ketahuilah khazanah keilmuan dalam Islam terlalu banyak dinukilkan oleh ulmak Sunni. Bahkan mereka ini ternyata lebih jujur dalam menaqalkan sesuatu perkara. Adalah sangat ganjil bilamana seseorang itu sanggup menggunakan rujukan lain yang langsung tidak berkaitan dengan ulama Sunni. Melainkan mereka itu berniat untuk mempromosikan sesuatu.

Walau apapun saya secara peribadi tidak mahu menuduh mana-mana pihak sebagai syiah. Juga saya secara peribadi menerima saranan Dr. Yusuf Al-Qardawi walaupun saya sebenarnya tidak yakin hal ini akan berlaku selagimana mereka masih berTaqiyah


Sekian,
Mohd Zalizam Razali

0 Comments:

Post a Comment