FASA KE-2 DALAM BERHIBUR

Hijrah merupakan salah satu tuntutan dalam agama, terutama sekali dalam usaha kita untuk memperbaiki diri. Dalam kehidupan ini, sudah menjadi tabien manusia, untuk sentiasa melakukan perubahan. Bolehkan kita bayangkan andai kehidupan manusia itu sentiasa berada pada tahap yang sama. Tidakkah ianya sesuatu yang amat membosankan. Apa pula rasanya andai kehidupan dunia ini adalah sesuatu yang kekal, sedangkan fitrah yang Allah AzzaWajalla berikan kepada setiap manusia itu penuh dengan kejemuan andai tidak ada sesuatu yang baru atau bila sesuatu itu kita dapat secara berlebihan.

Sebagai contoh bila kita makan sesuatu yang kita gemari, sebanyak manakah yang akan kita ambil? Adakah kuantiti itu tidak terhad? Tentu sekali pengalaman yang mengajar kita ini akan mengakui bahawa kita akan muak andai ianya diambil secara berlebihan.

Masih bermain di ruangan mata, tatkala diri ini ini memutuskan untuk keluar dari dunia hiburan yang terkeluar dari batasan syariat. Diri ini yang suatu ketika dulu amat mengemari kumpulan-kumpulan seperti Slam, Ukays dan lain-lain yang sespesis dengannya mula beralih kepada jenis hiburan yang beridentiti Islami yang dikenali sebagai nasyid. Seingat saya dalam tahun 1998 bermulanya fasa satu diri ini untuk menjelmakan apa yang yang melingkari kehidupan itu adalah tidak lari dari Al-Quraan dan Sunnah.

Masa terus berlalu, sedar tak sedar sudah hampir memasuki 10 tahun penghijrahan itu berlaku. Semenjak beberapa waktu ini, seringkali berlegar-legar di kepala apakah semua lirik nasyid ini mencapai piawaian yang di tetapkan syariat. Apatah lagi setelah membaca nukilan tulisan seorang sahabat yang membicarakan tentang unsur syirik dalam beberapa lagu nasyid.

Syirik bukan sesuatu yang boleh diangap main-main oleh individu yang mengaku sebagai muslim. Samada ianya kecil atau besar keduanya melibatkan dosa yang perlu kepada taubat nasuha. Setiap muslim adalah berkewajiban untuk mengelakkan diri dari mejebakkan diri ke dalam perbuatan yang dinilai berdosa oleh hukum agama, bahkan untuk tidak hanya berstatus sebagai muslim, kita perlu meng”upgrade” diri sepaya mencapa tingkat mukmin, yakni hamba yang patuh dan taat kepada Allah AzzaWajalla. Sebagai kunci kepada tingkat mukmin itu kita juga sebolehnya patut mengelakkan diri dari hal yang dianggap makruh.

Fasa kedua dalam mencari identiti hiburan ini menetapkan bahwa segala unsur lirik yang mengandungi unsur syirik, bidaah, syiah, dan lain-lain seumpamanya adalah perlu dikeluarkan dari diari kehidupan. Bahkan dalam fasa kedua ini juga ditegaskan bahawa hiburan yang paling utama adalah dengan berzikir kepada Allah, yang tertinggi adalah Al-Quraan dan selain itu adalah dengan zikir-zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi s.a.w, sesuatu yang terkeluar dari pegangan ini adalah perlu dielakkan sama sekali.

Sekian,
Mohd Zalizam Razali

*tulisan ini adalah artikel yang pernah dimuatkan dalam blog saya yang lain suatu masa dahulu. Diterbitkan kembali sebagai reaksi sokongan terhadap artikel Ust. Hasrizal dalam posting MODEL HIJRAH SONGSANG

0 Comments:

Post a Comment